Maklumat Penanaman Gomphrena Buddy

Gomphrena Buddy

MAKLUMAT TEKNIKAL

Kitaran Hidup: Annual

Keluarga, Asal: Amaranthaceae, Tropic of America

Lokasi: Cahaya matahari penuh

Ketinggian Dalam Taman: 15 cm, 5.91 inci

Masa Pembungaan Semulajadi: Julai - September

Masa Penanaman: Penghasilan Anak Benih: 4-6 minggu; Penghasilan Keratan Bunga: 8-10 minggu, bergantung kepada musim

Masa Jualan: Mei - Julai

Bentuk Biji Benih: Mentah

Kiraan Benih: 588 K/g

Masa Semaian: Januari - Jun, semaian secara selangan

Kaedah Semaian: 1-2 benih untuk setiap lubang, semaian terus ke dalam pasu jika boleh

Percambahan: 10-14 hari pada 22-24°C, dalam media dengan kandungan larutan garam yang rendah dan pH: 5.5-5.8. Memerlukan cahaya untuk percambahan. Tutup biji benih dengan lapisan vermikulit yang nipis selepas semaian. Kelembapan yang konsisten dalam substrak dan kelembapan udara yang lebih dari 95% adalah diperlukan untuk percambahan yang cepat dan seragam. Elakkan dari cahaya matahari terus dengan memberikan teduhan pada biji benih selepas semaian.

Kultur Anak Benih: Dari Peringkat II* kurangkan kelembapan pada tanah, tetapi anak benih tidak boleh dibiarkan terlalu kering. Elakkan kandungan larutan garam dari melebihi 0.75 EC. Mulakan pembajaan pada 50-75 ppm nitrogen dalam formula yang seimbang. Semasa Peringkat III dan IV kadar pembajaan boleh ditingkatkan sehingga 100-150 ppm.

Pertumbuhan Hingga Dewasa :6-8 minggu selepas semaian, pindahkan 1 tanaman dalam 1 pek atau pasu (8-12 cm). Tanamkan keratan bunga dalam kawasan seluas 20-25 x 25 cm (16-20 tanaman untuk setiap m²).

Media:Gunakan substrak penanaman yang telah dikeringkan dengan baik dengan 15-30% tanah liat, 0-20% bahagian seperti sabut kelapa, perlite, 1-1,5 kg/m³ baja yang seimbang, 0-2 kg/m³ baja jenis slow release (3 bulan), kelat besi, micronutrien, pH: 5.5-5.8. Untuk taman: Tanah liat berpasir yang telah dikeringkan dengan baik. Pembajaan Standard : 60-80 g/m² baja jenis slow release.

Suhu: Dedahkan tanaman pada suhu 20-24°C pada waktu siang dan 15°C pada waktu malam di kawasan luaran. Elakkan suhu di bawah 10°C. Lindungi tanaman yang muda dari fros di luar. Gomphrena tidak dapat menahan fros.

Pembajaan: Kadar pembajaan sederhana - tinggi adalah diperlukan. Bubuh baja setiap minggu dengan 100-150 ppm nitrogen (pada 2 kg/m³ baja jenis slow release dalam substrak), menggunakan baja yang seimbang. Elakkan tahap ammonium dan nitrogen yang tinggi. Beri perhatian kepada tahap fosfat dalam substrak.

Petua Kultur: Gomphrena memerlukan kandungan air yang agak tinggi, tetapi untuk penanaman, biarkan pasu / tanah kering dengan secukupnya di antara penyiraman. Elakkan kelembapan udara yang tinggi dalam rumah hijau dan penyiraman dari atas semasa pembungaan.